Batu Sapi ada potensi besar jadi destinasi pelancongan – Timb Menteri MOTAC

SANDAKAN – Parlimen Batu Sapi mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan. 

Katanya, potensi pelancongan dilihat bukan hanya di Pasir Putih tetapi juga di tapak warisan Batu Sapi. 

“Kami telah menaik taraf tapak warisan ini dan merancang untuk fasa naik taraf seterusnya. 

“Kami mahu orang ramai tahu sejarah Batu Sapi,” katanya semasa ditemui media sempena Majlis Timbalan Menteri Bersama Komuniti @ Taman Sibuga Sandakan Tahun Baru Cina 2025, di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Tong, Taman Sibuga di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, Pasir Putih telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Ramai pengunjung yang datang. Keadaannya lebih cantik, tersusur dan aktiviti lebih meriah.

“Itu sebabnya saya katakan dari dulu, kawasan Batu Sapi ini memang mempunyai potensi besar dari sudut pelancongan,” katanya.

Selain itu, Khairul Firdaus juga mengucapkan tahniah kepada presiden baharu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang turut mempunyai wawasan seiring dengan gerakan Parlimen Batu Sapi. 

Beliau berkata, hubungan persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua pihak akan semakin erat, bukan sahaja dalam sektor pelancongan tetapi juga sektor-sektor lain di kawasan Batu Sapi.

Dalam pada itu, Firdaus mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 yang mula dibuka permohonannya untuk masyarakat Parlimen Sandakan dan Batu Sapi. 

Jelasnya, peruntukan tersebut bertujuan membantu mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan itu sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya termasuk kaum Tionghoa.

“Kerana kita tahu masyarakat Tionghoa ini, mereka kurang berinteraksi dengan pejabat Parlimen Batu Sapi.

“Mungkin ada rasa segan, saya tidak pasti. Tapi kita membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka,” katanya

Beliau turut menegaskan bahawa semua kaum di Batu Sapi perlu dibantu dan diberikan pemahaman mengenai proses bantuan kerajaan. 

“Prosesnya mudah, pergi ke pejabat dan bawa dokumen yang sepatutnya. 

“Tidak ada proses yang menyukarkan,” jelasnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar