Pelaksanaan projek LPT3 belum muktamad

KUALA LUMPUR – Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dengan anggaran kos RM9.8 bilion masih belum dimuktamadkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lebuh raya bertol penuh menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.

“Kita belum memberikan tender kepada mana-mana pihak kerana perlu melalui proses Request for Proposal (RFP) terlebih dahulu.

“Sama ada syarikat konsesi berminat atau tidak perlu dinilai, memandangkan kadar tol dari hujung ke hujung dianggarkan bernilai RM70. Ini menimbulkan persoalan sama ada lebuh raya ini berdaya saing dan mendapat sambutan.

“Tidak semua 33 konsesi tol ketika ini peroleh keuntungan. Ada juga yang tidak untung. Jadi, LPT 3 ini masih dalam peringkat yang belum ada keputusan muktamad,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan penggunaan dana dan pembiayaan projek LPT3, selain senarai cadangan pembinaan lebuh raya baharu di Pantai Timur.

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berhubung jumlah projek infrastruktur baharu di Sabah bagi tahun ini, Ahmad memaklumkan bahawa sebanyak 26 projek telah diluluskan bagi tempoh 2024-2025 dengan kos keseluruhan RM18.62 bilion.

Ahmad berkata, untuk tahun ini, kos adalah sebanyak RM1.59 bilion.

Beliau berkata, projek itu kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, termasuk perancangan, perolehan dan pembinaan.

Related Posts

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran