PPS rasmi ditutup, Lahad Datu isytihar tamat bencana banjir

LAHAD DATU – Banjir di Lahad Datu pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) dan Kolej Vokasional secara rasmi ditutup, pukul 5 petang, pada Ahad.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu, Firuz Idzualdeen@Benetty Mohd Dzul berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan laporan dan maklumat lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD.

“Pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) juga selamat untuk didiami.

“Pada masa yang sama, keadaan cuaca cerah selain trend paras air Sungai Segama (4.0 meter) dan Sungai Sapagaya (3.0 meter) di bawah paras waspada,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Firuz turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dalam pertugasan bencana banjir dan mereka yang menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa terjejas banjir.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula