PDRM Sabah perkenal ‘QR Code’ permudah aduan masyarakat

SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah memperkenalkan satu inisiatif inovatif melalui kod respons pantas (QR) Aduan Masyarakat melalui satu ‘Platform Digital’ yang membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan secara pantas, mudah dan telus kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, pihaknya komited memperkukuh hubungan pasukan itu dengan masyarakat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam sentiasa terpelihara.

“Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan tindak balas PDRM terhadap aduan awam serta mempercepatkan proses siasatan dan tindakan lanjut.

“Sejak diperkenalkan, PDRM telah menerima sebanyak 102 aduan melalui sistem ini.

“Antaranya 17 aduan jenayah judi dalam talian, 20 berkaitan narkotik, tiga penipuan komersial, lima trafik, 23 ketenteraman awam, masing-masing satu aduan warga asing, salah laku dan penyeludupan serta 29 aduan lain, selebihnya melibatkan kepuasan pelanggan dan aduan berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program ‘walkabout’ PDRM bersama masyarakat di sekitar Bandar Sandakan, pada Jumaat.

Katanya, prestasi sistem ‘QR code’ aduan memberi kesan positif dalam meningkatkan penyampaian maklumat daripada masyarakat kepada pihak polis sekaligus membantu dalam pemantauan dan tindakan terhadap aktiviti jenayah serta isu semasa.

Sehubugan itu, PDRM menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama memanfaatkan inisiatif ini dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau permasalahan keselamatan melalui ‘QR code’ aduan ini.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar