Pelampung gelongsor air terjatuh di i-City, MBSA ambil tindakan tegas

TINDAKAN tegas bakal diambil terhadap i-City kerana ingkar arahan henti operasi permainan gelongsor air kaca di taman tema itu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandang serius insiden pelampung permainan gelongsor air kaca setinggi 60 meter dan sepanjang 600 meter di Menara SkyCity, i-City yang dipercayai terjatuh dan menimpa pengunjung, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, kompaun juga telah dikeluarkan pada 14 November 2024 selepas pihak i-City gagal mematuhi arahan henti operasi.

“Jabatan Bangunan dan Penguatkuasaan MBSA akan ke tapak tersebut. Pihak kami tidak akan berkompromi kerana perkara ini melibatkan keselamatan orang ramai,” katanya dipetik Media Selangor.

Sebelum ini, tular video berdurasi 18 saat di media sosial berhubung insiden itu sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan permainan di taman tema yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof menzahirkan kebimbangannya mengenai keselamatan pengunjung di taman tema tersebut.

“Soalnya adakah ia selamat? Saya berkongsi kebimbangan yang turut disuarakan ramai sejak sehari dua ini. Selalunya struktur seperti ini memerlukan piawaian reka bentuk dan pembinaan yang tinggi dan pemeriksaan yang ketat.

“Saya telah hubungi MBSA untuk bertanyakan adakah Menara SkyCity telah mendapat kelulusan untuk beroperasi? Adakah ia telah melalui proses pemeriksaan dan mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)?

“Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, saya tidak mahu ada kemalangan yang tidak diingini berlaku disebabkan kecuaian kerana tidak mematuhi peraturan pembinaan dan syarat pengoperasian yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan