Dua kenderaan bergesel, seorang pemandu cedera ringan

TAIPING – Dua kenderaan jenis Proton Saga Aeroback dan Honda City bergesel melibatkan lima mangsa dan salah seorang mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Air Putih, dekat sini, awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak bomba menerima maklumat berkaitan kes tersebut pada jam 1.39 pagi.

Ujarnya, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi, kita dapati dua kenderaan terbabit dipercayai berlanggar antara satu sama lain.

“Empat mangsa yang berada di dalam ketera Proton Saga Aeroback yang terdiri daripada dua lelaki dewasa serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan telah dibawa keluar oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Manakala seorang lelaki yang berusia 35 tahun yang memandu Honda City masih berada dalam kereta dan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, pihak Bomba mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap.

“Mangsa yang berjaya dibawa keluar mengalami kecederaan pada tangan dan diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (TBK), Mohd Mustapha Ismail itu selesai sepenuhnya pada jam 2.35 pagi.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat