Dr Kjey mahu pecah rekod MBOR

KUANTAN – Seorang pelatih kecergasan berazam melakar tiga rekod Malaysia Book of Record (MBOR), sekali gus mencipta sejarah terbaharu dalam sukan itu pada tahun ini.

Atlet kelahiran Kuala Lipis, K Jey Prabakaran Thevar, 28, atau lebih dikenali Dr Kjey sedang melakukan persediaan rapi melakar rekod dalam tiga kategori kecergasan iaitu ulangan lompat bintang, regangan kaki dan ‘squat’ terbanyak dalam sehari.

Menurutnya, tiga cabaran itu akan dilakukan di Jerantut pada 8 Mac depan.

“Saya akan melakukan hingga 3,000 kali bagi setiap cabaran dalam tempoh lima jam.

“Cabaran kali ini agak berbeza kerana sebelumnya dilakukan tanpa henti dan persediaan sudah dilakukan sejak awal bulan ini, selama sembilan minggu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Temerloh.

Ujarnya, latihan juga lebih mencabar kerana lebih banyak menggunakan kaki.

“Dengan keadaan lutut yang cedera, memang juga mencabar sikit namun ia tidak menghalang saya terus melakar rekod baharu,” jelasnya.

Sebelum ini, beliau mencatat pelbagai pencapaian antarabangsa termasuk pemegang rekod dunia dan kebangsaan untuk 12 jam senaman kardio dan angkat berat tanpa henti pada 2023.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

SHAH ALAM – Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 80 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung dalam tempoh 19 hari lagi. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung