Bersih berhak suarakan pandangan – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhak menyuarakan sebarang pandangan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Fahmi yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz semalam mengatakan rakyat berhak untuk kecewa dalam kegagalan kerajaan melaksanakan reformasi.

Menurut laporan media semalam, Faisal berkata, kerajaan mesti mengotakan janjinya mengenai pembaharuan, termasuk pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pindaan kepada undang-undang pilihan raya dan rasuah, serta penggubalan Akta Pembiayaan Politik.

“Bersih berhak menyuarakan pandangan,” katanya ringkas selepas Majlis Pelancaran ChatBot Sebenarnya.my. hari ini di Cyberjaya.

Chatbot kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil AIFA atau Artificial Intelligence Fact-check Assistant menerusi aplikasi Whatsapp dan portal Sebenarnya.my untuk mengekang berita palsu di media sosial.

Secara berasingan, Fahmi berkata, portal berita Malaysiakini bukan sasaran siasatan berterusan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ tetapi hanya sebagai saksi.

Jelas beliau, rampasan komputer riba milik portal itu bagi memudahkan siasatan.

Fahmi menjawab soalan mengenai siasatan itu selepas laporan polis dibuat terhadap Khairy atas komennya terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam podcast Keluar Sekejap (KS).

“Pada pemahaman saya, Malaysiakini bukanlah sasaran siasatan sebaliknya menjadi saksi.

“Setelah siasatan selesai, komputer riba akan dipulangkan. Tidak ada masalah dengan itu. Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merakamkan kenyataan daripada Editor Eksekutif Malaysiakini, RK Anand.

Pada Isnin, Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merakamkan kenyataan daripada Anand.

Malaysiakini juga dijangka akan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya hari ini untuk membenarkan pegawai mengakses sistem pengurusan kandungan (CMS) portal tersebut.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil