Potongan tol 50% bukti Kerajaan Madani mampu pacu ekonomi negara

PENGUMUMAN kerajaan berkenaan pemotongan tol 50 peratus dari kadar biasa sempena Tahun Baharu Cina menunjukkan Kerajaan Madani sangat komited memastikan kebajikan rakyat terus dijaga.

Kerajaan menanggung RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol berbanding pada tahun 2023, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta bagi melaksanakan bantuan tol musim perayaan untuk empat perayaan utama di Semenanjung Malaysia.

Menurut pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis menyatakan kerajaan hari ini boleh membuat keputusan ini kerana kedudukan kewangan yang baik di bawah Kerajaan Madani dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia dan Indonesia yang paling tinggi di rantau Asia Tenggara.

“Dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4.2% pada suku pertama, 5.9% pada suku kedua, 5.3% pada suku ketiga, dan 4.8% pada suku keempat dan secara keseluruhan, pertumbuhan KDNK tahunan dianggarkan pada kadar 5.1%.

“Pada suku ketiga, Malaysia mencatatkan peningkatan yang ketara dalam Pelaburan Langsung Asing (FDI), dengan jumlah pelaburan mencecah RM14.5 bilion berbanding RM9.1 bilion pada suku sebelumnya.

“Dengan kadar inflasi Malaysia pada 2024 mencatatkan purata 1.8%, menurun daripada 2.5% pada 2023 dan 3.3% pada 2022, menunjukkan tekanan harga yang semakin berkurang,” katanya ketika di hubungi The Malaysia Press.

Katanya, dengan penurunan ini sebenarnya mencerminkan pengurusan ekonomi yang baik serta kestabilan pasaran dalam beberapa tahun kebelakangan.

“Dengan potongan tol sebanyak 50 peratus banyak meringankan beban kos perjalanan rakyat sempena Tahun Baharu Cina ini bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Walaupun hanya separuh potongan yang diberikan, masih mampu memberikan kemudahan kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman,“ ujarnya.

Tambahnya, rakyat boleh menggunakan potongan tol 50 peratus ini untuk membelanjakan wang untuk barangan lain seperti makanan atau perbelanjaan perayaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi berkata, pengumuman sebelum ini berkenaan tiada tol percuma di musim perayaan adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember lalu dan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberikan diskaun 50 peratus tersebut.

“Potongan tol akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir jam 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.

“Potongan tol ini dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuh,” ujarnya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah