Program Jualan Rahmah Madani di Perak rekod jualan tertinggi RM64 juta tahun 2024

IPOH – Rekod nilai jualan menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Perak mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM64 juta bagi tahun 2024.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 221 peratus berbanding nilai jualan RM19.9 juta bagi tahun 2023.

Jelasnya, sebanyak 945 program PJRM berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2024 iaitu melebihi sasaran ditetapkan sebanyak 552 program.

“Dari segi jumlah pengunjung, jualan PJRM juga mencatatkan peningkatan sebanyak 107 peratus iaitu 1.66 juta pengunjung berbanding 800,754 pengunjung pada 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran PJRM Back To School di Bangunan Persekutuan Greentown, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi tahun 2025, KPDN menjangkakan nilai jualan serta jumlah pengunjung akan terus meningkat.

“Sejak awal tahun 2025, Januari hingga kini, sebanyak 130 program PJRM telah berjaya dilaksanakan di seluruh negeri Perak.

Tambahnya, dari segi penjimatan, ia bergantung kepada perbelanjaan individu dan keluarga.

“Sebagai contoh sebuah keluarga berbelanja satu minggu sekurang-kurangnya RM200 tetapi melalui pembelian di PJRM mereka boleh berjimat antara RM30 hingga RM40.

“Jadi saya yakin ini dapat membantu dalam penjimatan perbelanjaan setiap keluarga,” jelasnya.

Menyentuh PJRM Back To School yang dilaksanakan di seluruh negeri sempena cuti sekolah bermula 18 Januari sehingga 16 Februari ini, Kamalludin berkata, kelengkapan sekolah dijual menerusi penawaran jualan pada potongan harga antara 10 hingga 30 peratus dari harga pasaran.

“Pada tahun ini, sebanyak 37 PJRM Back To School telah diatur kan mengikut jadual dan akan dilaksanakan sepanjang cuti sekolah di seluruh Perak,”ujar beliau.

Jelasnya, program ini diteruskan berikutan respons positif daripada masyarakat yang selari dengan pendekatan Kementerian melalui whole of nation approach dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Related Posts

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’