Kastam Perlis rampas 1.7 tan ketum cuba diseludup ke Thailand

KUALA PERLIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 1,700 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM68,000 dalam satu operasi di perairan Kuala Perlis pada 18 Januari lalu.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, sepasukan anggota Kastam Marin mengesan sebuah sampan fiber tanpa nombor pendaftaran yang bergerak laju menuju ke arah Thailand.

“Sebaik menghampiri bot tersebut, anggota kami cuba memberi arahan berhenti, namun jurumudi bertindak memecut ke kawasan air cetek sebelum dua lelaki terjun dan berenang ke daratan untuk melarikan diri,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan terhadap sampan berkenaan menemukan 170 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun hijau disyaki ketum dengan anggaran berat 1.7 tan.

“Turut disita sebuah sampan bersama enjin yang dianggarkan bernilai RM50,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM118,000,” ujarnya.

Jelasnya, modus operandi penyeludupan daun ketum ke negara jiran menggunakan laluan air kerana kawasan laut yang terbuka tanpa kawalan pintu masuk tetap.

“Berdasarkan operasi sebelum ini, penyeludup lebih gemar menggunakan laluan laut kerana lebih fleksibel dan boleh mengubah strategi mengikut keadaan,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat risikan, bekalan ketum itu dipercayai diperoleh dari Perlis atau Kedah sebelum diseludup ke Thailand.

“Sewaktu rondaan malam tersebut, pasukan kami terserempak dengan sampan mencurigakan di kawasan air cetek dalam jarak 150 meter dengan paras air separas dada,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

JKDM Perlis akan terus mempergiat rondaan di kawasan perairan bagi membanteras aktiviti penyeludupan daun ketum yang semakin berleluasa.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat