10 tahun jadi mangsa sumbang mahram bapa kandung

TELUK INTAN – Perbuatan jijik seorang bapa terbongkar selepas ditahan polis pada Rabu disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya sejak 10 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki yang juga seorang pekebun itu ditahan di Changkat Jong di sini selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun itu.

Ujarnya, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang mendakwa suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 11 tahun dan kali terakhir dilakukan pada Jumaat minggu lalu.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Hilir Perak telah menahan suspek sekitar 1.45 petang.

“Mangsa yang juga masih bujang itu mendakwa kes gangguan seksual dan serangan seksual telah berlaku sejak mangsa berusia 11 tahun. Siasatan lanjut juga mendapati suspek telah bercerai dengan isterinya ketika mangsa berusia 6 tahun.

“Kali terakhir perbuatan tersebut dilakukan pada 17 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, mangsa turut mendakwa bahawa suspek sering mengugut supaya tidak mendedahkan kejadian tersebut kepada sesiapa.

“Ekoran itu, mangsa kemudian melarikan diri dan tinggal di rumah rakannya sebelum dinasihati untuk membuat laporan bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin,” katanya.

Ahmad Adnan juga berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan iaitu rogol.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa peka terhadap kes penderaan dan serangan seksual yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP