RKAT Kem Lok Kawi RM188 juta dijangka siap Ogos

KOTA KINABALU – Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Lok Kawi dengan kos keseluruhan bernilai RM188 juta dijangka siap sepenuhnya pada 4 Ogos ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek ini dijangka memberi manfaat kepada 513 keluarga warga pertahanan yang bertugas di sekitar kawasan Kem Lok Kawi.

“Kita berada di tapak untuk meninjau satu projek kementerian iaitu menyediakan rumah-rumah untuk keluarga angkatan tentera dengan projek bernilai RM188 juta bagi menyediakan 513 unit rumah-rumah berbagai kelas.

“Saya berpuas hati, dimaklumkan projek ini boleh siap pada 4 Ogos tahun ini sebagaimana yang telah ditentukan dalam proses tawaran kerja tender yang telah dimasuki,” katanya semasa melawat tapak RKAT di Markas 5 Divisyen Infantri, pada Rabu.

Menurut Mohamed Khaled, selain projek pembinaan RKAT, kementeriannya juga giat menjalankan penyelenggaraan rumah sedia ada.

“Ada yang kita naik taraf serta selenggara di Kem Lok Kawi, kita peruntukkan RM3.2 juta tahun lepas dan semuanya sudah siap.

“Tahun ini sebanyak RM2.9 juta diperuntukkan untuk selenggara dan naiktaraf rumah-rumah lain,” katanya.

Jelasnya, lawatan kerja ini tidak hanya tertumpu kepada tinjauan projek tetapi turut meninjau kesiapsiagaan anggota tentera dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan, kedaulatan dan pertahanan negara.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai