Peruntukan tertinggi PHEKS bukti Kerajaan Madani prihatin hak pekerja – MTUC

PUTRAJAYA – Peruntukan tertinggi sebanyak RM10 juta bagi Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) mencerminkan komitmen teguh kerajaan memperkasa pergerakan kesatuan sekerja dan mempertahankan hak pekerja di Malaysia.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, usaha itu membuktikan kesungguhan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam memastikan pekerja dan kesatuan sekerja mendapat sokongan secukupnya untuk terus relevan serta berdaya tahan dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks.

Menurutnya, langkah tersebut amat signifikan kerana mencatatkan peruntukan tertinggi dalam sejarah PHEKS dan memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan kesatuan sekerja.

“MTUC menyambut baik pengumuman Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong, atas peruntukan untuk PHEKS bagi 2025. Peningkatan ini berbanding RM5.8 juta pada tahun 2024, mencerminkan komitmen teguh kerajaan.

“Pada masa sama, MTUC menyokong penuh objektif PHEKS 2025 yang bertujuan meningkatkan keupayaan kesatuan sekerja melalui bantuan kewangan yang lebih besar termasuk pelaksanaan program pendidikan, latihan dan pendigitalan pengurusan untuk memperkukuh kesatuan sekerja,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Sebelum ini, Steven mengumumkan peningkatan peruntukan bagi PHEKS kepada RM10 juta pada tahun ini bagi memperkasakan pergerakan kesatuan sekerja melalui peningkatan latihan kemahiran serta pengadaptasian penggunaan teknologi.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy menegaskan, peningkatan peruntukan kluster latihan dan program pendidikan daripada RM20,000 kepada RM30,000 adalah langkah strategik untuk melahirkan pemimpin kesatuan yang lebih berkualiti, berwawasan, dan berdaya saing dalam membawa agenda pekerja ke peringkat lebih tinggi.

Jelasnya, Pendigitalan Rekod Pengurusan Kesatuan Sekerja yang diperkenalkan sebagai kluster baharu dalam PHEKS juga adalah langkah tepat bagi memastikan pengurusan kesatuan menjadi lebih cekap, telus dan selaras dengan perkembangan teknologi, sekaligus meningkatkan keupayaan operasi kesatuan sekerja di era moden.

“MTUC turut menghargai usaha KESUMA dalam mendekati akar umbi pekerja melalui lawatan kerja dan program turun padang bersama agensi kerajaan dan swasta, serta program khidmat masyarakat (CSR).

“Inisiatif ini amat penting untuk memastikan cabaran sebenar pekerja di pelbagai sektor dikenal pasti dan diatasi dengan pendekatan yang holistik dan pragmatik,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Effendy berkata, peruntukan besar terbabit dan program yang dirancang selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kesejahteraan dan ihsan.

Menurut beliau, melalui pelaksanaan inisiatif ini, kebajikan pekerja akan terus terjamin dan pergerakan kesatuan sekerja menjadi lebih kukuh dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

“Melalui inisiatif ini, MTUC optimis bahawa usaha memperkasakan pekerja dan kesatuan sekerja akan berjaya direalisasikan, sekaligus menyumbang kepada kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“MTUC meminta semua kesatuan sekerja untuk mengambil peluang ini dengan sepenuh komitmen. Pembabitan aktif dalam PHEKS 2025 akan membuka lebih banyak ruang untuk meningkatkan keupayaan pengurusan, membina kemahiran kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang lebih mampan dan sejahtera.

“Kita juga berharap kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada kesatuan sekerja dalam bentuk dana, latihan dan kerjasama strategik supaya kesatuan kekal sebagai tulang belakang kepada kestabilan dan kemajuan sektor pekerjaan negara,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi