Empat cedera, nahas tiga kenderaan rempuh tayar lori tangki di Lebuh Raya WCE

MANJUNG – Insiden tayar sebuah lori tangki membawa muatan minyak 45 tan tercabut, mengakibatkan empat mangsa cedera selepas tiga buah kenderaan merempuhnya dalam kejadian di Kilometer (KM) 199 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, Sitiawan, malam Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, tiga kenderaan tersebut jenis Toyota Yaris, Honda Civic serta Mercedes.

Ujarnya, empat mangsa yang cedera menaiki kenderaan jenis Toyota Yaris berusia antara tiga hingga 36 tahun.

Manakala tiga lelaki masing-masing Honda Civic, Marcedes dan pemandu lori tangki jenis Volvo dilaporkan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu.

“Kemalangan berlaku apabila tiga kenderaan tersebut merempuh tayar kiri sebuah lori tangki membawa muatan minyak 45 tan yang tercabut.

“Sejurus sampai, kami (bomba) mendapati seorang wanita, 36 tahun yang berada di tempat duduk hadapan Toyota Yaris telah tersepit.

“Turut cedera tiga lagi mangsa dalam kenderaan Toyota Yaris iaitu seorang lelaki berumur 35 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan empat tahun” katanya.

Menurutnya lagi, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit sebelum di bawa ke hospital dengan menggunakan kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba.

“Ketua operasi melaksanakan size-up, seterusnya mengaplikasikan konsep System Approach To Victim Entrapment Rescue (SAVER) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Tiga lagi mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi membabitkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan serta Seri Manjung itu tamat sepenuhnya pada jam 10.36 malam.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling