Tular lelaki OKU dibelasah beramai-ramai akibat motor hilang kawalan rempuh gerai jualan

TULAR beberapa rakaman video di media sosial, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental menjadi mangsa serangan fizikal apabila dipukul beramai-ramai ketika hujan di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Dipercayai berlaku insiden berkenaan selepas motorsikal yang ditungganginya melanggar gerai jualan yang menjaja di kawasan tersebut.

Segalanya bermula apabila lelaki itu tidak sengaja melanggar dan timbul kekecohan orang ramai selepas pertengkarannya dengan pemilik gerai.

Dalam situasi tegang, dia cuba meminta pertolongan namun tiada pihak yang ingin memberikan bantuan kepadanya.

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan insiden yang berlaku kerana mangsa adalah seorang OKU dan sewajarnya terdapat pertimbangan dilakukan.

Seorang netizen, Fatin Nurlaily Hamid berkata dia tidak sanggup mahu melihat video itu kerana terbayangkan jika lelaki itu adalah ayahnya.

Kata Fatin, tindakan tersebut adalah sangat tidak berperikemanusiaan tanpa budi bicara.

“Pakcik tu nampak berumur, saya tak sanggup tengok video sampai habis, saya terbayang kalau itu ayah saya yang di pukul.

“Dia lari ke sampai kamu semua nak buat dia macam haiwan, diseret dalam hujan, kamu tendang terajang dia.

“Kamu semua ini semua nak tunjuk kuat tak kena cara, ingat kifarah Allah tu ada, kita ini nak buat apa-apa beringatlah, kita pun ada keluarga,” katanya di ruangan komen.

Dalam pada itu, seorang lagi netizen, Jhoe Maturun berpendapat pihak yang membelasah lelaki itu sekadar bertindak melulu sedangkan kejadian berlaku diluar kawalan iaitu ketika sedang hujan.

Ujarnya lagi, kes ini tidak melibatkan kemalangan jiwa memerlukan dia dipukul dengan teruk.

“Selagi tidak membabitkan nyawa sesiapa dan dia terlanggar tanpa sengaja tak payah la macam itu boleh jadi waktu hujan hilang kawalan la… belasah sampai macam tu diheret ke jalan… ingat besi ke belakang pakcik itu.

“Berapa juta korang rugi smpai buat macam itu… bagi kita nyawa lebih penting… bukannya tanya pak cik tu okay ke tak okay selepas merempuh gerai… dah jatuh atas motor sambung lagi belasah,” katanya.

Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung seorang kes itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden, Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 9.30 pagi (Jumaat).

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan