Ang pau terbaik sempena Tahun Baru Cina

JOHOR BAHRU – Masyarakat Tionghoa di negeri menerima khabar gembira sempena Tahun Baru Cina apabila mendapat beberapa inisiatif istimewa daripada Kerajaan Johor dengan membabitkan nilai hampir RM6 juta.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian 11 inisiatif bernilai RM5.97 juta itu merangkumi kebajikan buat pelajar sekolah, kolej, aktiviti kebajikan dan aktiviti keagamaan.

“Ia termasuklah peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah, sumbangan bernilai RM1.5 juta yang akan memanfaatkan kira-kira 3,000 pelajar dari 10 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di seluruh Johor serta RM1 juta buat 200 pelajar yang menuntut di Kolej Universiti Selatan.

“Berpegang kepada semangat ‘Muafakat itu Berkat’ dan inspirasi konsep Bangsa Johor, Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan RM500,000 kepada rumah ibadat bukan Islam serta RM250,000 kepada pihak Tokong Cina Lama, Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baharu Cina di SMJKC Foon Yew, Seri Alam, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Lee Ting Han.

Selain itu, selaku tuan rumah, SMJKC Foon Yew juga tidak ketinggalan menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri bersetuju memberikan pengecualian cukai taksiran harta yang akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Terdahulu, majlis dihadiri kira-kira 1,000 masyarakat Tionghoa dari seluruh Johor pada majlis makan malam itu yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan