KKR lulus 11 projek rancakkan pembangunan di Langkawi

LANGKAWI – Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan sebanyak 11 projek pembangunan bernilai RM209.37 juta di pulau peranginan itu pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek tersebut melibatkan pelbagai aspek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan Kelima (RP5).

“JKR (Jabatan Kerja Raya) akan memulakan 11 projek pembangunan yang bernilai RM209.37 juta di Langkawi.

“Antaranya bangunan tambahan SK (Sekolah Kebangsaan) Kelibang bernilai RM26 juta, bangunan tambahan SK Ulu Melaka bernilai RM20 juta serta bangunan tambahan bagi SK Padang Matsirat bernilai RM20 juta,” katanya selepas turun padang meninjau status dua projek milik Kementerian Kesihatan (KKM) di tapak pembinaan Kuarters KKM di Kampung Padang Lalang, Ayer Hangat, di sini, hari ini.

Selain itu, kata beliau, terdapat dua lagi projek pembinaan semula sekolah daif di SK Pulau Tuba dan SK Seri Lagenda masing-masing bernilai RM19 juta dan RM10.5 juta.

Katanya, KKR juga telah meluluskan projek pembinaan pejabat pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Langkawi (RM6.4717 juta), pengubahsuaian bangunan baharu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi (RM2.1 juta), menaik taraf Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) (RM7.8 juta).

Bagi sektor pelancongan pula, beliau berkata, sebuah jambatan baharu menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting akan dibina dengan kos bernilai RM90 juta, dengan pembinaan infrastruktur dan kerja berkaitan di Gua Langsir, Kilim Karst Geoforest Park serta pembinaan fossil walk di Pulau Anak Tikus dan Pulau Langgun.

Tambahnya, projek pembinaan sedia ada seperti pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha dan Kuarters KKM adalah mengikut jadual dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

Related Posts

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

SEMPORNA – Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas gagal membayar denda RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu akibat memiliki 600 liter petrol tanpa permit. Ketua Cawangan KPDN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

KOTA KINABALU – Sebanyak 346 daripada 2,349 sampel sayur-sayuran tanah tinggi dan tanah rendah yang dianalisis sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) didapati melanggar had maksimum residu racun perosak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja