Buku Hannah: Kamarul akui mampu pengaruh pembaca Islam lemah iman, sedar telah ditapis Perpustakaan Negara

KUALA LUMPUR – Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi, hari ini bahawa buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, boleh mengelirukan pembaca Islam yang lemah iman.

Kamarul Zaman berkata demikian ketika disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah Yeoh pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya berhubung dua catatan Facebook yang dibuat beliau pada Mei 2017.

Dia memaklumkan, terdapat umat Islam yang jauh daripada pegangan agama mampu terpesong menerusi buku terbabit, walaupun Sangeet menjelaskan bahawa penulisan terbabit adalah mengenai perjalanan peribadi Hannah.

Sangeet: Itu kepercayaan peribadi Hannah Yeoh, itu tiada kena mengena dengan kamu.

Kamarul Zaman: Saya tak boleh terima, saya orang Islam.

Sangeet: Ini bermaksud mana-mana mereka tidak boleh berbicara agama masing-masing, mungkin ia berbeza.

Kamarul Zaman: Apa saya sebutkan sebelum ini, ia patut dibuat khusus untuk Kristian. Jadi, bila orang Islam yang tidak berapa kemas ajarannya, dia akan terpengaruh. Bukan tak boleh bercakap agama masing masing, cuma tidak boleh ada penyebaran kepada orang Islam.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia sedar buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama.

Sangeet: Saya ingin mendapat pengesahan bahawa Dr Kamarul sememangnya sedar bahawa buku “Becoming Hannah: A Personal Journey,” telah pun dikatalogkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Cataloguing-in-Publication Data?

Kamarul Zaman: Betul.

Sangeet: Jadi, Dr Kamarul setuju dengan saya setelah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, buku ini telah dikatalog (dikategorikan) di bawah tajuk Yeoh, Hannah, 1979; Women Politicians-Malaysia dan Malaysia-Politics and Government.

Kamarul Zaman: Setuju.
Sangeet: Jadi, setuju saya katakan ia (buku berkenaan) tidak dikategorikan sebagai buku agama.

Kamarul Zaman: Setuju.

Dalam saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei, 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata, kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian.

Perbicaraan di hadapan Datuk Aliza Sulaiman bersambung esok.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu