PMO turun padang bantu ahli Parlimen, ADUN selesai masalah

KANGAR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) terus komited membantu ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyelesaikan masalah rakyat menerusi program jelajah yang diadakan di seluruh negara.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, inisiatif tersebut bertujuan menyantuni rakyat dan mengenal pasti keperluan mereka tanpa mengira kawasan Parlimen sama ada diwakili kerajaan atau pembangkang.

“Perdana Menteri tidak memilih kawasan dalam memberikan bantuan. Lawatan ini melibatkan setiausaha-setiausaha politik yang mewakili Perdana Menteri ke seluruh negara, dan kita mungkin akan menyelesaikan lawatan ke semua kawasan Parlimen bagi mendengar masalah rakyat tahun ini.

“Perdana Menteri juga meminta kami membawa sagu hati berupa sumbangan khas ‘one-off’ untuk golongan asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) yang terpilih,” katanya selepas program Sumbangan Ihsan Madani di sini, hari ini.

Seramai 600 penerima terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal serta OKU dari Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar menerima sumbangan khas sebanyak RM200 seorang.

Menurut Azman, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah turut membantu ahli Parlimen dan ADUN mengenal pasti isu setempat yang memerlukan perhatian segera.

“Lawatan ini adalah usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat secara terus. Esok, kami akan ke Pulau Pinang, dan minggu depan program ini akan diteruskan ke zon Pantai Timur melibatkan Kelantan dan Terengganu. Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Thassana Amnoichai, 18, yang menemani datuknya, Jual, 70-an, melahirkan rasa syukur atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap golongan memerlukan.

“Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sumbangan ini meringankan beban datuk saya yang tinggal berseorangan serta mengalami kesukaran berjalan.

“Saya juga berterima kasih kerana sumbangan hari ini disalurkan tanpa meminggirkan kaum minoriti masyarakat Siam seperti kami di Perlis,” ujarnya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar