Pengurusan MRSM semakin padu, raih pujian ibu bapa

PENGURUSAN Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bawah pimpinan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang semakin cekap serta bertambah baik meraih pujian daripada netizen di laman Facebook.

Asyraf menerusi hantaran di Facebook hari ini bertanyakan pandangan mengenai peningkatan kemasukan pelajar di MRSM bagi tahun 2025.

Warga maya yang terdiri daripada ibu bapa pelajar MRSM memberikan komen bahawa semakin banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh beliau dan MARA sekaligus melahirkan keyakinan kepada semua pihak.

Ibu bapa juga turut mendoakan agar MRSM menjadi sebuah institusi pendidikan yang mengekalkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

“Sebab Pengerusi MARA banyak buat pembaharuan dengan terjah MRSM, segala aduan ibu bapa pelajar sekolah diambil tindakan sewajarnya, maka ibu bapa seperti kami yakin dengan perubahan MRSM yang sangat bagus untuk anak-anak bangsa… mohon teruskan usaha Dr agar MRSM menjadi institusi pendidikan yang unggul dan cemerlang,” kata Diyana Yana.

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat bermula 13 Januari 2025 iaitu pada Isnin ini.

Semakan berpandukan Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) itu adalah bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Dalam pada itu, seorang bapa, Tengku Mohd Najib berkata, pendidikan duniawi dan ukhrawi berjalan dengan seimbang menjadi faktor utama pemilihan menghantar anaknya ke institusi pendidikan itu.

“Bila keluarga yakin dengan cara pengurusan MARA sekarang di samping dititik berat juga pasal agama menyebabkan ibu bapa memilih MRSM untuk masa depan anak-anak mereka.. Insya-Allah teruskan Datuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di bawah MARA… Insya-Allah Datuk akan sentiasa di hati keluarga dan pelajar-pelajar,” kata Tengku Mohd Najib.

Menjengah komen Hafiz Hamid, dia memberi pujian atas tindakan Asyraf yang sering melakukan pemeriksaan mengejut bagi meninjau kondisi MRSM di seluruh Malaysia sama ada dalam keadaan baik atau tidak.

Katanya, lawatan itu juga membuka ruang realiti sebenar MRSM agar lebih dekat dengan rakyat.

“Datuk selalu turun padang melawat dan buat “inspection” ke MRSM seluruh Malaysia.

“Ibu bapa seronok tengok video-video spontan Datuk dengan anak-anak pelajar, dengan pengurusan maktab dan paling utama dengan pengurusan dewan selera secara tak langsung, Datuk ‘mempromosikan’ institusi MRSM itu sendiri kepada semua rakyat Malaysia.

“Tahniah Datuk… teruskan dan istiqamah untuk membantu memandaikan anak-anak bangsa kita semua,” kata Hafiz Hamid.

Memetik kenyataan Asyraf pada 13 November 2024, beliau berkata, sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa MRSM bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.

Asyraf turut mempertahankan tindakannya dan menyatakan berbuat demikian kerana ia adalah di bawah tanggungjawab beliau.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar