JIM Sabah pindah 13 warga Filipina ke negara asal

LAHAD DATU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melaksanakan Operasi Pemindahan Tahanan 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina Bilangan 1 Tahun 2025 kategori usir melalui laut, pada Selasa.

Kesemua PATI dari Depot Tawau berkenaan dihantar melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu menggunakan pengangkutan laut feri MV Minghai Express ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

JIM Sabah menerusi perkongsian di Facebook rasmi memaklumkan, PATI itu membabitkan 7 lelaki, dua wanita serta empat kanak-kanak lelaki.

“Kesemua tahanan kanak-kanak balik ke negara asal dengan diiringi oleh ibu dan bapa atau penjaga yang sah.

“Mereka (tahanan) balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri,” katanya.

Menurut JIM Sabah, operasi pemindahan tahanan asing ke negara asal tertakluk kepada pengeluaran segera dan berterusan ‘Travel Document’ oleh pihak Kedutaan Republik Filipina di Malaysia  bagi mempercepatkan proses pemindahan tahanan ke negara asal.

Related Posts

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

MIRI – Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelakkan sementara penggunaan laluan dari Pujut Corner ke Bulatan GK berikutan insiden paip air pecah yang menyebabkan keadaan jalan tidak selamat untuk dilalui.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

DARO – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan di kawasan Sungai Penuai dekat sini sejak semalam ditemui selamat pagi ini. Mangsa, Mohammad Senawi Gamat, 29, dilaporkan berjaya keluar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini