MPP komited pacu pembangunan infrastruktur awam

KUCHING – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terus komited dalam usaha memacukan pembangunan infrastruktur awam menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak.

Pengerusinya, Cr. Tan Kai berkata, pendapatan utama MPP daripada cukai taksiran dapat digunakan untuk manfaat yang penting seperti kutipan dan pelupusan sampah, penyelengaraan lampu jalan, rawatan sistem pembentungan, pembersihan longkang, pengurusan peniaga kecil dan penyelenggaran taman rekreasi.

“Manfaat tersebut sangat penting dalam memastikan kehidupan harian masyarakat terus terjaga selain pembangunan infrastruktur yang lebih besar bergantung kepada geran kerajaan,” ujar Tan dalam kenyataan rasmi MPP.

Selain itu, beliau turut menjelaskan MPP turut bekerjasama dengan Pejabat Residen Kuching serta agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Sarawak Energy Berhad (SEB), Lembaga Air Kuching (KWB) dalam memastikan pelaksanaan projek RTP mengikut jadual yang ditetapkan.

Sementara itu, MPP berjaya melaksanakan 93 projek RTP di kawasan jagaan mereka yang turut hasil Kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.

MPP juga akan terus memberi sokongan penuh kepada ADUN setempat serta memberi jaminan dalam memastikan pembangunan mampan dan meningkatkan taraf hidup penduduk Padawan.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017