KPM dimohon segerakan kelulusan CF bangunan baharu SJKT Ladang Ayer Tawar

SITIAWAN – Susulan insiden kebakaran bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar, di sini, pada Isnin, Kerajaan Negeri Perak akan memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyegerakan kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) bagi bangunan baharu sekolah yang siap dibina pada pertengahan 2023.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, bangunan baharu itu kini sedang menunggu kelulusan CF bagi kebenaran mendudukinya.

Ujarnya, ianya perlu selepas 70 peratus bangunan sekolah lama SJKT Ladang Ayer Tawar musnah dalam kebakaran tersebut.

“Bangunan baharu yang siap pada pertengahan 2023 ini merupakan bangunan kerajaan. Pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jadi saya fikir kelulusan bukan satu masalah.

“Kerajaan negeri akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk dibawa kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bagi mempercepatkan proses kelulusan CF bangunan baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau situasi SJKT Ladang Ayer Tawar selepas insiden kebakaran, di sini, pada Selasa.

Semalam, bangunan sekolah lama sekolah berkenaan musnah 70 peratus dalam kejadian kebakaran pagi Isnin.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan kebakaran itu melibatkan tiga buah kelas, sebuah makmal sains, sebuah stor peralatan dan kantin.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, semua 32 murid yang terjejas akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga tamat penggal akhir sesi pembelajaran 2024 iaitu pada 17 Januari 2025.

Ujarnya, Timbalan Menteri Pendidikan memaklumkan sesi pembelajaran tidak terjejas dan pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berbincang untuk mengendalikan sesi PdPR.

“Seramai 13 guru akan mengendali dan melaksanakan PdPR bagi sesi persekolahan yang berbaki lapan hari lagi.

“Hari ini (Selasa) mereka terima cuti dan PdPR akan dimulakan esok (Rabu). Guru-guru akan menyediakan bahan pembelajaran manakala ibu bapa akan ambil bahan tersebut sehingga 17 Januari depan,” jelasnya.

Related Posts

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan