Kemuncak hujan meteor Quadrantids 3 Januari

KOTA KINABALU – Kemuncak fenomena hujan meteor Quadrantids boleh disaksikan pada lewat malam Jumaat hingga awal pagi 4 Januari 2025 dengan purata 80 meteor setiap jam.

Agensi Angkasa Negara (MYSA) menerusi satu kenyataan memaklumkan, kenampakan hujan meteor itu adalah bagus kerana tiada gangguan daripada bulan sabit baru yang terbenam pada pukul 10.26 malam sebelum waktu kemuncak berlaku.

“Hujan meteor Quadrantids berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1.

“Fenomena itu mula aktif dan boleh dilihat pada 26 Disember 2024 yang lalu hingga 16 Januari 2025,” katanya.

Menurut kenyataan sama, sebahagian daripada asteroid ini terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan rekahan terma yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya.

Asteroid dengan kelebaran tiga kilometer (km) ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi matahari.

“Perkataan ‘Quadrantids’ ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj ‘Quadrans Muralis’, sebuah buruj yang sudah tidak lagi digunakan.

“Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai buruj ‘Bootes’ dan hujan meteor ini turut dinamakan sebagai ‘Bootids’ namun kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

“Kebanyakan kemuncak hujan meteor berlaku selama kira-kira dua hari tetapi kemuncak hujan meteor ‘Quadrantids’ ini hanya berlaku dalam masa beberapa jam sahaja kerana Bumi melintasi aliran zarah yang nipis tersebut secara bersudut serenjang (tegak lurus),” tambah kenyataan itu.

Difahamkan, Meteor Quadrantids juga terkenal dengan meteor bola api yang terang.

Related Posts

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

JEMPOL – Laporan Pasukan Petugas Khas (Task Force) berhubung Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli