Ciri Melayu kekal di Kampung Baru

PUTRAJAYA – Pembangunan di Kampung Baru akan mengambil kira sejarah dan status tanah bagi memastikan kawasan itu kekal sebagai kampung Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah berkenaan bagi memastikan kampung Melayu yang terkenal dengan ciri tradisional itu terus terpelihara.

“Ciri-ciri kemelayuan itu akan kita kekalkan (dalam pembangunan). Kampung Baru ini penuh dengan sejarah, terkenal dengan tradisi (contohnya) makanannya.

“Akhirnya Kampung Baru akan menjadi katalis kepada pembangunan keseluruhan Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.

“Jadi kita kena berhati-hati dalam pembangunan tersebut mengambil kira perkara-perkara ini,” katanya selepas majlis kesyukuran dan bacaan Yasin anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan Masjid Jamek Kampung Baru sempena sambutan 125 tahun kampung itu.

Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menyatakan komitmen beliau memastikan tanah Kampung Baru yang dianugerahkan Sultan Selangor Kelima Sultan Alauddin Sulaiman Shah terus kekal di tangan orang Melayu.

“Tahun ini Kampung Baru berusia 125 tahun. Sebagai wakil rakyat di dalam kawasan ini, kita nak memastikan tanah ini kekal di atas tangan orang Melayu Bumiputera.

“Mana-mana pembangunan yang hendak dilakukan kita galakkan, tetapi dengan syarat pemaju perlu mengambil kira sejarah kampung ini,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak