Seorang maut, dua cedera dalam nahas jalan raya di Tuaran

TUARAN – Seorang maut, dua cedera akibat kereta dinaiki bertembung di Kampung Indai hadapan Speedmart di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Nor Amit kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga bertembung dengan Perodua Alza.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan dua orang mangsa cedera.

“Seorang mangsa lelaki berusia 24 tahun telah tercampak keluar dari kereta semasa kemalangan berlaku lalu meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan dan mangsa meninggal dunia diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.

Setelah memastikan tiada bahaya lain operasi seterusnya ditamatkan pada pukul 9.15 pagi.

Related Posts

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan