Pengusaha ladang sawit Gambang dakwa diganggu kumpulan samseng

KUANTAN – Sekumpulan pengusaha ladang sawit di mukim Kuala Kuantan, dekat pekan Gambang yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuantan, mendakwa diganggu kumpulan samseng sejak Khamis lalu.

Kumpulan samseng itu dikatakan memasuki kawasan ladang sawit milik penduduk dan memotong buah sawit matang sebelum membawa keluar dari ladang terbabit.

Seorang pemilik ladang, Lum Min Chun, 35, ketika ditemui berkata, kumpulan itu turut memberi amaran kepada pemilik untuk memberikan kerjasama dan tidak memperbesarkan perkara berkenaan.

“Ladang sawit saya ada sembilan ekar (3.6 hektar) dan saya terima aduan daripada pekerja pada hari Khamis mengenai tindakan kumpulan lelaki berkenaan.

“Mereka cakap orang (pihak) PTG (Pejabat Tanah dan Galian) yang suruh masuk dan potong sawit di situ.

“Mana boleh macam ini, saya ada geran… ini tanah keluarga saya, sudah 15-17 tahun kami tanam sawit di sini.

“Kumpulan ini mahu untung, mereka cakap kami kena kongsi 50-50 dengan mereka, kalau tak setuju mereka ugut mahu potong (ambil) semua sawit dalam ladang kami,” katanya.

Lum berkata, dia ada meminta penjelasan daripada kumpulan lelaki itu, namun mendakwa mereka memaklumkan semua hasil sawit dalam kawasan Gambang perlu kongsi dengan mereka.

Katanya, satu laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat olehnya di Balai Polis Gambang, dekat Kuantan, pada Jumaat lalu.

Seorang lagi pemilik, Wong Tong Shin, 47, memberitahu ladang sawit miliknya yang terletak bersebelahan tanah lot milik keluarga Lum turut menjadi mangsa kumpulan sama.

Katanya, pekerja ladang sawit diusahakan sejak kira-kira 15 tahun lalu mengadu didatangi sekumpulan lelaki yang mahu mengambil buah sawit di ladang berkenaan.

“Saya memang rasa tidak puas hati kerana ini adalah tanah kami sendiri… ada geran dan sudah lama kami usahakan.

“Kenapa mereka buat kami macam ini, sebab kami sudah banyak keluar kos untuk tanam sawit dan sekarang mereka mahu ambil hasil dengan senang,” katanya.

Wong memaklumkan, kumpulan lelaki berkenaan meminta pemilik ladang sawit berjumpa dengan mereka untuk berbincang berkaitan hal itu pada petang Jumaat lalu di sebuah kedai dekat pekan Gambang.

Katanya, kumpulan terbabit memaklumkan bahawa mereka wakil kepada seorang individu yang ‘mempunyai kuasa’ untuk mengambil hasil sawit sekitar Gambang.

“Mereka cakap tidak kira tanah ada geran atau tiada geran, semua hasil kena kongsi dengan mereka.

“Kalau kami tak setuju (untuk berkongsi), mereka akan potong (ambil) semua sawit dan tak akan beri peluang kepada kami untuk mendapat hasil,” ujarnya yang memaklumkan sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Gambang, Jumaat lalu.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik