Orang awam digalak lapor salah laku, bendung jenayah syariah – JHEAINS Lahad Datu

LAHAD DATU – Orang awam daerah ini digalakkan untuk melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di sekeliling mereka seperti tinggal bersekedudukan dengan bukan mahram kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Nordin Nahanak berkata, usaha itu penting bagi membendung jenayah syariah daripada terus berlaku. 

“Kerjasama orang awam dan JHEAINS amat penting agar salah laku di daerah kita dapat ditangani kerana dikhuatiri menyebabkan kemurkaan Allah SWT. 

“Kita amat menggalakkan aduan kepada JHEAINS dan identiti individu yang menyalurkan maklumat itu kita rahsiakan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press selepas menjalankan Operasi Ambang Tahun Baharu 2025 di beberapa hotel sekitar Lahad Datu. 

Operasi selama empat jam yang bermula pukul 10.30 malam pada Selasa itu disertai Ketua Pegawai Penguatkuasa Imam Karim Omok, Ketua Operasi Imam Mohd Rozali Samsuri,  Pegawai Kaunseling Ustaz Mohammad Yunus Abu serta sembilan pegawai lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lahad Datu.

Mengulas mengenai operasi berkenaan, Nordin berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat berikutan operasi berkenaan lebih berfokus kepada pencegahan dengan menasihati serta mendidik sekali gus kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga maruah diri. 

“JHEAINS amat menjaga penganut beragama Islam daripada mereka sebelum berkahwin kita menyediakan kursus perkahwinan manakala selepas berkahwin juga kita turut berikan kaunseling kepada pasangan yang bermasalah. 

“Kita juga turun kepada masyarakat untuk membantu menyelesaikan masalah sosial seperti mereka tinggal serumah tanpa ikatan yang sah,” katanya. 

Menurut Ustaz Nordin, pihaknya juga terbuka membantu dan mendengar masalah yang berlaku kepada mereka yang terlibat dalam salah laku jenayah syariah termasuk golongan remaja berumur 17 dan 18 tahun. 

Beliau berkata, kebanyakan individu yang terlibat salah laku adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga seperti ibu bapa bercerai sehingga berpendapat memerlukan perhatian dan ingin mencuba sesuatu dengan keseronokan untuk keluar daripada masalah.

“Namun mereka tidak dapat menilai baik buruk suatu perkara dan apa yang dilakukan itu salah, tidak mengikut syariat agama,” jelasnya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai