Pos Felda Selatan perkukuh kawalan keselamatan rentas sempadan Sabah, Sarawak

KALABAKAN – Kewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan dengan kos keseluruhan RM1.8 juta berupaya memperkukuh kawalan keselamatan rentas sempadan di Sabah dan Sarawak.

Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pos baharu yang siap sejak 27 September lalu itu juga mampu meningkatkan keberkesanan operasi kawalan dalam menangani ancaman penyeludupan barang atau pemerdagangan manusia.

“Kita mempunyai 12 pos di Sabah termasuk Pos Felda Selatan ini, sementara dua lagi pos iaitu Pos Ladang Brantian dan Pos Tambulanan di Tawau sedang dalam proses pembinaan.

“Penambahan bilangan pos ini akan membolehkan kawasan tanggungjawab dapat dikawal dengan lebih efektif dan berkesan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pos Felda Selatan di sini pada Isnin.

Menurut Muhammad Hafizuddeain, pos Felda Selatan itu turut dilengkapi dengan teknologi moden termasuk sistem komunikasi taktikal untuk integrasi operasi selain penggunaan sistem solar untuk bekalan elektrik.

Katanya, pos ini telah mula diduduki oleh satu platun unit operasi sejak 3 Disember lepas selain dilengkapi dengan kemudahan asas serta blok pentadbiran dan kediaman.

“Kedudukan strategik pos ini yang terletak 14 kilometer dari sempadan negara jiran, menjadikannya aset pertahanan kritikal dalam pengawasan sempadan Malaysia-Indonesia.

“Ia juga berfungsi sebagai zon penampan yang melindungi komuniti setempat daripada sebarang ancaman,” jelasnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar