AMK Sabah gesa penilaian semula ketirisan dana KKLW RM1.5 bilion 2010-2015

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa penilaian semula terhadap isu ketirisan dana RM1.5 bilion bagi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Sabah dari tahun 2010 hingga 2015. 

Pengarah Komunikasinya, Fekirie Gobet berkata, penilaian ini penting kerana membabitkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi membangunkan infrastruktur namun diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tidak ada pihak yang patut terlepas selepas mengakibatkan kerugian bukan sahaja dari jumlah peruntukan malah kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati rakyat dinafikan oleh mereka yang menyebabkan ketirisan.

“Ketirisan ini menyebabkan pembangunan infrastruktur negeri Sabah terutama bekalan elektrik, bekalan air dan jalanraya terencat,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin. 

Beliau mengulas berkenaan sidang media Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah pada Sabtu lepas dengan tajuk ‘Isu Rasuah Dan Ketirisan: Menuju Pilihanraya Negeri Sabah’ yang menarik perhatian kerana ketirisan projek KKLW itu sejak dahulu tidak diberi penjelasan. 

Beliau berkata, kenyataan MPN itu juga menyebut tentang kegagalan loji bekalan air Sungai Intan di Semporna yang menelan kerugian kos sebanyak RM45 juta dan gagal memenuhi keperluan penduduk akibat lokasi pembinaan di kawasan air cetek menjadikannya tidak dapat berfungsi sepenuhnya terutama semasa musim kemarau.

“Kami juga mengambil maklum laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) 2017 berhubung kegagalan Projek Sistem Agihan Air Pulau Gaya yang dihentikan oleh Kerajaan Sabah atas alasan status pendudukan tanah yang tidak sah.

“Pendedahan ini jelas menunjukkan kelemahan perancangan, termasuk ketiadaan kajian awal dan penilaian mendalam sehingga mengakibatkan pembaziran dana rakyat. 

“Persoalannya mengapa projek yang dianggarkan bernilai RM93 juta ini dibuat secara tergesa-gesa?” tambahnya. 

Justeru, Fekirie menyifatkan kedua-dua isu ini serta aduan kegagalan projek elektrik dan jalan raya bernilai RM22.5 juta bagi membina jalan raya sejauh 8 kilometer mencerminkan kelemahan serius dalam perancangan dan pelaksanaan projek di Sabah.

“Sebenarnya di era KKLW di bawah pentadbiran Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal inilah sindiran ‘ada tiang tapi tiada elektrik, ada paip dan tangki tapi tiada air, ada jalan raya tapi tidak tahu di mana’ sangat terkenal dimainkan di negeri Sabah,” katanya.

Related Posts

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa meneliti semula penetapan had kuota subsidi diesel sebanyak 200 liter sebulan di bawah Program BUDI MADANI bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memenuhi keperluan rakyat Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SUNGAI SIPUT – Penubuhan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah di Kampung Kenang di sini menjadi mercu tanda penting dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan serta pendidikan Islam dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

10 kawah bubur asyura simbol kesepakatan peneroka FELDA Jengka 24

10 kawah bubur asyura simbol kesepakatan peneroka FELDA Jengka 24

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat