Razman bertaubatlah, henti tipu rakyat PN ambil alih kerajaan sebelum PRU16

PUTRAJAYA – DAP mengecam Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria atas kenyataannya bahawa Perikatan Nasional (PN) dan PAS masih berusaha untuk menubuhkan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong berkata, kedegilan Pas yang mahu menumbangkan kerajaan persekutuan sebelum tiba masanya akan meranapkan sistem demokrasi negara yang telah dikecapi rakyat selama ini.

Menurutnya, pemimpin Pas itu seharusnya ‘bertaubat’ dengan mengambil iktibar daripada kekalahannya dalam kes saman fitnah, berbanding membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kestabilan politik.

“Tindakan itu membuktikan Pas tidak bertanggungjawab, lantaran segala usaha pertukaran kerajaan yang tidak melalui proses demokrasi sebenar setentunya akan menatijahkan senario ketidakstabilan politik yang seterusnya akan memudaratkan ekonomi negara.

“Sebagai seorang ahli politik yang telah kalah berturut-turut dalam kes mahkamah disaman fitnah dan hanya meminta maaf serta tarik balik kenyataan selepas menerima surat peguam, Razman sepatutnya bertaubat dan belajar untuk mengambil iktibar daripada kes-kes tersebut dengan tidak lagi mewujudkan keadaan huru-hara dan kucar-kacir dalam politik negara.” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Kah Leong yang juga Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak menegaskan, Razman seharusnya bersikap terbuka dengan mengambil pendekatan yang lebih matang dan bertanggungjawab apabila membuat kenyataan politik.

Beliau turut membangkitkan kenyataan yang dibuat Razman dalam sidang media pada Mei 2023, di mana dia menafikan pertemuan dengan wakil rakyat kerajaan pada masa itu tiada kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan negeri.

“Adakah ini bermaksud Razman cuba untuk menyebarkan penipuan dalam kalangan hadirin ceramah dengan beri janji palsu untuk menukar kerajaan sebelum PRU16, atau dia sendiri tidak setuju dengan apa yang dikatakannya sewaktu sidang media pada Mei 2023?

“Dia sepatutnya memfokuskan usaha berkhidmat demi rakyat kawasannya daripada terus menyebarkan info politik yang tidak berasas.

“Kepada YB (Yang Berhormat) Razman, ingatlah peribahasa yang berbunyi, sekiranya sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan,” katanya.

Terdahulu, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol, mengajak rakyat untuk bersama-sama parti Pas dan Bersatu dalam menumbangkan Kerajaan Madani sebelum menjelang PRU16

Dalam ucapan ceramahnya pada ‘Ceramah Selamatkan Malaysia’ bertempat di Markas Pas Kampong Gajah, Pasir Salak pada 22 Disember lalu, beliau menggesa agar para pengikut parti itu meneruskan sokongan kepada tampuk kepimpinan sedia ada bagi menjatuhkan Kerajaan Madani sebelum menjelang PRU16.

Tambahnya, bagi merealisasikan usaha itu, beliau meminta agar penerangan berterusan perlu sehingga ke peringkat akar umbi.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar