FAM lantik Friend sebagai CEO

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend dari Kanada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.

FAM dalam satu kenyataan berkata, Friend yang juga bekas pemain kebangsaan Kanada akan menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu skuad kebangsaan.

“Pengalaman dimiliki beliau sebagai pemain dan pengurusan diharap memberikan satu suntikan baharu dalam menguruskan perancangan serta program untuk pasukan kebangsaan, terutama skuad senior dan B-23 kebangsaan.

“Friend juga akan memastikan struktur organisasi baharu dilengkapi tenaga kerja berkualiti dan berpengalaman dalam pelbagai aspek diperlukan demi menyediakan pasukan kebangsaan yang mantap.

“Dia akan memulakan tugasan rasmi di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Januari 2025,” kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Friend adalah bekas pemain yang beraksi di posisi penyerang dengan antara kelab pernah diwakilinya ialah kelab Norway – Moss FC dan Molde FK – kelab Jerman, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt dan 1860 Munich serta kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy pada 2014.

Dalam pasukan kebangsaan Kanada pula, dia melakukan 32 penampilan antarabangsa bermula dari 2003 sehingga 2011.

Related Posts

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan