Penduduk pindah akibat banjir di Kelantan, Terengganu meningkat

JUMLAH penduduk terjejas banjir di Kelantan meningkat kepada 882 orang pagi ini berbanding 651 orang malam tadi.

Mereka membabitkan 267 keluarga yang ki ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS).

Merujuk kepada portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pagi ini, tiga daerah dilanda banjir iaitu Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Tanah Merah merekodkan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 633 mangsa membabitkan 208 keluarga di 13 PPS.

Daerah Kuala Krai merekodkan 165 penduduk terjejas banjir membabitkan 38 keluarga dan Machang mencatatkan 84 penduduk terjejas banjir daripada 21 keluarga.

Sementara itu, daerah Besut menjadi daerah kedua banjir di Terengganu, selepas Hulu Terengganu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 534 daripada 155 keluarga setakat jam 12 tengah malam tadi.

Sebanyak 15 PPS dibuka iaitu 11 di Hulu Terengganu menempatkan 400 penduduk daripada 107 keluarga, manakala empat di Besut menempatkan 48 keluarga membabitkan 134 penduduk.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP