Buaya 50kg, panjang 10 kaki ditangkap dalam parit kawasan perumahan



SANDAKAN – Seekor buaya tembaga seberat 50 kilogram (kg) dengan panjang 10 kaki berjaya ditangkap di dalam parit di kawasan perumahan Taman Megah, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu, Habibah Nurul Shahirah Abdul Tahir, 24, pada pukul 7.08 malam.

“Sepasukan satu pegawai dan tiga anggota APM lain-lain pangkat (LLP) segera dikerahkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah kenderaan.

“Setibanya di lokasi, buaya tersebut telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

“Petugas APM menggunakan dua tali untuk mengikat reptilia tersebut sebelum menghubungi pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL),” kata kenyataan tersebut pada Sabtu.

Seterusnya. pihak APM menyerahkan buaya tersebut kepada pihak JHL untuk tindakan lanjut.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan