JBPM Pahang latih kakitangan istana jadi ‘ahli bomba’

KUANTAN – Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) Pahang ditubuhkan sebagai langkah melindungi keselamatan istana dan memastikan kelestarian warisan bersejarah dipelihara dengan baik.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, PKKI berperanan sebagai pasukan tindak balas awal untuk menangani insiden kecemasan di istana sebelum bantuan bomba tiba.

Menurutnya, penubuhan PKKI adalah idea Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan ia amat penting kerana institusi diraja, terutama istana menyimpan pelbagai bahan bersejarah.

“Kebanyakan istana menyimpan barang-barang bersejarah dan ia menjadi pemilikan di istana yang mana apabila berlaku kebakaran (khazanah ini) tidak dapat diganti.

“Kita hilang nilai sejarah, (contohnya) kalau saya ambil mudah (seperti) lukisan-lukisan tuanku (Sultan) yang terdahulu, susur galur atau hierarki keturunan, semua itu tiada di tempat lain, memang simpan di dalam istana,” katanya selepas Majlis Pelancaran PKKI Pahang di Indera Mahkota, hari ini.

Majlis pelancaran PPKI disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah..

Seramai 48 kakitangan Istana Negeri Pahang dilantik menjadi ahli PKKI dengan mendapat modul latihan asas kebombaan daripada JBPM Pahang.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah