Berhimpun tunjuk perasaan bukan norma masyarakat – Dr Anil

KUNAK – Budaya berhimpun bagi meluah ketidakpuasan hati bukanlah sebahagian daripada norma masyarakat negara ini yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

Demikian dinyatakan Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Sandhu yang menyelar tindakan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan mengadakan Perhimpunan Aman pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, sebarang ketidakpuasan hendaklah dibuat pada saluran yang lebih wajar dan berhemah selain berfikir secara mendalam impak negatif yang berlaku daripada tindakan perhimpunan itu kelak.

“Sebagai anak jati Sabah yang mendambakan kestabilan dan keharmonian, saya ingin menyeru seluruh rakyat Sabah agar mengutamakan keamanan dan mengelakkan tindakan yang boleh menggugat keharmonian negeri kita.

“Oleh itu, tidak kira siapa penganjurnya, saya menyeru agar perhimpunan ini dibatalkan demi kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Dalam pada itu, Anil turut menyeru mahasiswa yang menyertai perhimpunan itu agar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

“Ini adalah masa untuk membina ilmu, bukan terlibat dalam urusan pentadbiran negeri atau politik.

“Insya-Allah, apabila tiba masanya, selepas mencapai kematangan dan memiliki kerjaya yang kukuh, barulah anda boleh menyumbang dalam arena politik dengan lebih bermakna,” tegasnya.

Beliau turut menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil langkah tegas menilai segala risiko yang akan timbul dan sedaya upaya menghalang perhimpunan seperti ini.

“Kita tidak mahu budaya ini menjadi ikutan yang boleh menggugat keharmonian negeri tercinta kita.

“Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan Sabah demi masa depan yang lebih baik,” tambahnya.

Terdahulu, sekumpulan pelajar UMS dipimpin Suara Mahasiswa UMS menyatakan akan menganjurkan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember di hadapan Menara Kinabalu.

Perhimpunan itu akan menyenaraikan beberapa tuntutan termasuk menolak pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pernah dilibatkan dengan skandal rasuah selain menggesa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak jawatan.

Related Posts

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam cukup menarik perhatian. Antara perkara yang paling mencuri tumpuan ialah desakan supaya Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

  • By Fandi
  • September 12, 2026
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi