Prabowo demam, tangguh pertemuan dengan Anwar beberapa hari

KUALA LUMPUR – Pertemuan dua negara antara Malaysia dan Indonesia ditangguh beberapa hari memandangkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto demam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan rakan sejawatnya dari Indonesia itu segera sembuh untuk menyambung rencana pertemuan.

“Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini.

“Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam. Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekali gus menyambung rencana pertemuan dua negara.

“Insya-Allah, pada 26 Disember ini saya juga dijadual menemui mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk agenda Asean demi kesejahteraan rantau ini,” ujar Anwar dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Related Posts

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa mendaftarkan jumlah talian secara berlebihan bagi tujuan penipuan atau scam wajib memberikan penjelasan berhubung perkara terbabit selewat-lewatnya petang ini. Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan