PMX lakukan reformasi demi kesejahteraan rakyat Malaysia

UMUM mengetahui seluruh penjawat awam dan pesara baharu sahaja meraikan pelarasan gaji yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Pelarasan gaji itu merupakan hadiah yang tiada nilainya kepada rakyat semenjak PMX memegang tampuk kerajaan pada 24 November 2022 lalu.

Di mana sahaja kita pergi sama ada di kedai kopi dan pejabat semuanya masih memperkatakan hadiah Kerajaan Madani kepada rakyat hingga mereka turut mengucapkan terima kasih kepada PMX dan bersyukur dengan pelarasan gaji itu.

Walaupun kewangan negara masih lagi dihimpit dengan beban hutang tetapi sebagai pemimpin yang bijak dan berani PMX tetap menunaikan janjinya kepada rakyat yang selama ini diperbodohkan oleh pemimpin sebelum ini.

Manakan tidak semasa Pakatan Harapan berjaya pada pilihan raya 2018, bekas Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohammad telah sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Semasa di bawah kepimpinannya, beliau merayu kepada seluruh penjawat awam supaya berjimat serta mengikat perut bagi mengatasi masalah hutang yang semakin membebankan negara pada masa itu .

Pada masa itu seluruh penjawat awam diarahkan untuk berkorban dan ‘ikat perut’ sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dikatakan lebih RM1 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya.

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh gara-gara tebuk atap melalui Langkah Sheraton yang dilakukan oleh pihak-pihak yang kemudiannya membentuk kerajaan Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Semasa di bawah kepimpinan Muhyiddin, beliau menggalakkan seluruh penjawat awam berwakaf secara berkala melalui potongan gaji kononnya bagi meningkatkan tabungan dana dan aset negara pada masa itu.

Apa yang pasti formula yang diutarakan oleh kedua pemimpin itu pasti membeban dan menyusahkan rakyat bukan?

Bagaimanapun semasa di bawah Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh PMX perkara sebaliknya pula berlaku apabila PMX menjanjikan akan menaikkan gaji penjawat awam dan pesara. Begitu juga pekerja swasta turut mendapat perhatian semasa Belanjawan 2025 diumumkan tempoh hari.

Itulah jiwa seorang pemimpin yang berani dan berjuang demi rakyat tidak kira susah atau pun senang semata-mata mahu melihat rakyat hidup senang demi meneruskan kelangsungan kehidupan yang kian tercabar.

Bagi PMX beliau terpaksa mencari RM10 bilion tambahan setiap tahun bagi memastikan kenaikan gaji penjawat awam dan pesara.

Sifir yang diamalkan oleh PMX adalah bercanggah sekali dengan dua Perdana Menteri sebelum ini yang banyak menyusah dan membebankan rakyat.

Oleh itu tidak hairanlah beliau sanggup bekerja keras pergi ke pelosok dunia bagi menarik pelabur masuk ke negara kita sekali gus dapat meningkatkan pendapatan rakyat.

Persoalannya sekarang apakah pula janji kita kepada PMX?

Bagi PMX beliau sangat mengharapkan penjawat awam dan swasta dapat bekerja bersungguh-sungguh serta menghindari daripada gejala rasuah kerana itulah janji keramatnya sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

Rakyat kini kian nampak segala usahanya dalam reformasikan negara kita ke arah negara maju dan itulah yang diharapkan oleh masyarakat kita hari ini.

Dengan segala kejayaan demi kejayaan dicapai oleh PMX hari ini mahukah kita wahai warga Malaysia memilih semula Muhyiddin sekali lagi menjadi Perdana Menteri?

Mahukah rakyat di negara ini akan mengibarkan bendera putih sekali lagi akibat kelaparan yang kita semua pernah lalui atau melihatnya pada tempoh hari.

Justeru, rakyat hari ini perlu membuka mata dan tepuklah dada, kepimpinan bagaimanakah yang mereka akan pilih pada pilihan raya akan datang nanti.

Bagi penjawat awam yang berfahaman pembangkang, cukuplah, berhenti daripada mengecam, mencaci, mencerca, memaki-hamun sosok Perdana Menteri yang bernama Anwar Ibrahim.

Insan inilah yang berani melakukan reformasi dalam tatakelola urus tadbir demi rakyat di negara ini berbanding kepimpinan sebelumnya yang mengarahkan rakyat mengikat perut serta mewakafkan pendapatan untuk dana negara tetapi akhirnya mereka turut terpalit dengan gejala rasuah.

Justeru, sudah sampai masanya rakyat terutamanya orang Melayu berfikirlah secara rasional dan jangan terpengaruh dengan dalil atau fatwa yang mengelirukan dari pihak tertentu demi periuk nasi mereka sanggup menunggang agama demi kuasa.

Related Posts

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

KENYATAAN bekas pemimpin Pas, Zuliadin Abdullah yang mengkritik ucapan Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung hubungan Pas dan UMNO sebelum ini membuka semula perbahasan mengenai konsistensi pendirian politik parti itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pantun PMX bukan sekadar madah, isyarat bahtera MADANI kekal teguh

Di sebalik rangkap pantun yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, tersirat satu mesej politik yang jelas iaitu perbezaan pandangan tidak harus diterjemahkan sebagai perpecahan, sebaliknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan