KPT nafi UM pandang ringan kes gangguan seksual profesor

PUTRAJAYA –  Universiti Malaya (UM) tidak pernah memandang ringan terhadap kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan, pihak universiti sentiasa komited dan serius bagi menangani masalah tersebut yang dibuktikan UM telah menangani kes tesebut sejak tarikh aduan diterima, dan unit integriti universiti itu sedang menjalankan siasatan secara holisitik.

Menurutnya, semua prosedur serta peraturan berkaitan jenayah itu dipatuhi sepenuhnya, termasuklah mengeluarkan kenyataan awam berhubung insiden itu kepada orang ramai, walaupun terdapat pelbagai pertikaian oleh sesetengah pihak.

“Semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya. UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual. Langkah sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak.

“Difahamkan, individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis, dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, KPT menegaskan, sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.

Sehubungan itu, jelasnya, pihaknya menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

“KPT sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan mana-mana salah laku dan pelanggaran tatacara dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

“Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang
dan tindakan tatatertib tegas akan diambil,” katanya.

Terdahulu, UM mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.

Institusi pengajian itu dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut dan telah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Sementara itu, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP) menggesa panel penyiasat dibentuk dengan segera untuk menyiasat kejadian itu secara menyeluruh dan telus.

Tegasnya, dakwaan gangguan seksual melibatkan profesor dan pelajar adalah serius kerana melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pihak berwibawa yang diberikan amanah.

“Tindakan segera oleh pihak pengurusan universiti penting untuk menamatkan segala isu susulan dakwaan itu, sekali gus menjaga keselamatan pelajar dan komuniti kampus.

“Selain itu, terdapat dakwaan viral seorang pensyarah kanan dari jabatan yang sama menafikan kejadian ini dan mengambil inisiatif untuk menyiasat kes tersebut.

“Jika ini benar, apakah bidang kuasa yang dia ada untuk berbuat demikian, terutamanya apabila jelas bahawa terdapat potensi konflik kepentingan,” katanya.

Sebelum ini, Kelab Feminisme UM (UMFC) dilapor menggesa pengurusan UM memperketat polisi gangguan seksual setelah seorang profesor didakwa berkongsi gambar bogel dengan pelajar.

UMFC mendakwa gambar itu turut dicetak dan dipamer di sekitar kampus sebagai tanda amaran buat pelajar lain tetapi diturunkan tidak lama selepas itu.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka