APM Sandakan giat pantau ‘hotspot’ banjir

SANDAKAN – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan terus giat melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi yang terjejas akibat banjir sebagai langkah persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook APM Sandakan, pemantauan dilakukan oleh ‘Skuad Charlie’ yang terdiri daripada satu pegawai dan tiga anggota APM lain-lain pangkat (LLP) bertugas.

“Hasil daripada pemantauan yang dilakukan pagi ini, beberapa jalan utama telah dinaiki air seperti Jalan Nasalim menuju ke lapangan terbang tidak boleh dilalui oleh kenderaan dengan paras air setinggi satu setengah meter.

“Selain itu, Jalan Utama Sungai Batang menuju ke Batu 12 juga dinaiki air dengan paras setinggi setengah meter, namun laluan sebelah kanan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Di Kampung Sandak, jalan menuju ke kawasan tersebut dinaiki air hingga paras betis menyebabkan penduduk kampung terpaksa keluar berjalan kaki bagaimanapun keadaan rumah di kampung berkenaan masih terkawal,” kata kenyataan tersebut.

Justeru, APM mengingatkan orang awam yang memerlukan bantuan untuk menghubungi pejabat APM terdekat.

“Semua pihak diminta untuk kekal berhati-hati dan memastikan keselamatan diri serta keluarga mereka terjaga,” jelasnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung