EU setuju tangguh laksana peraturan nyahutan setahun

KUALA LUMPUR – Majlis Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi menerima penangguhan pelaksanaan peraturan penyahhutanan EU selama setahun.

Penganalisis perladangan umum berkata, langkah penangguhan ini memberi kelegaan kepada pengeluar minyak sawit Malaysia yang sebelum ini berdepan cabaran dalam mematuhi peraturan itu.

Menurut kenyataan yang diterbitkan dalam laman web rasmi Majlis EU, penangguhan berkenaan bertujuan membolehkan negara anggota, peniaga, dan pengendali di negara ketiga membuat persediaan rapi bagi memenuhi kewajipan usaha wajar mereka.

“Ini bagi memastikan komoditi dan produk tertentu yang dijual di EU atau dieksport dari EU adalah bebas daripada proses penyahhutanan,” kata majlis itu.

Antara produk yang tertakluk di bawah peraturan ini termasuklah produk berasaskan ternakan, kayu, koko, soya, minyak sawit, kopi, getah dan beberapa produk terbitan.

Majlis EU menjelaskan bahawa penerimaan penangguhan ini merupakan langkah terakhir dalam prosedur perundangan, dan peraturan tersebut akan ditandatangani serta diterbitkan dalam Jurnal Rasmi EU sebelum dikuatkuasakan akhir tahun ini.

Sehubungan dengan penangguhan ini, tarikh penguatkuasaan peraturan tersebut akan bermula pada 30 Disember 2025 berbanding tarikh asal 30 Disember 2024.

“Langkah ini akan memberi lebih kejelasan dari segi perundangan dan masa yang mencukupi untuk pelaksanaan peraturan yang lancar dan berkesan,” tambah kenyataan itu.

Sebelum ini, pada 16 Oktober, Majlis EU telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) selama 12 bulan.

EUDR mewajibkan komoditi yang dijual di EU bebas daripada aktiviti penyahhutanan.

Keadaan itu menimbulkan cabaran kepada pengeluar minyak sawit Malaysia kerana kos pematuhan dianggarkan mencecah AS$650 juta (RM2,926 bilion) setiap tahun, dengan AS$260 juta (RM1.17bilion) memberi kesan langsung kepada pekebun kecil.

Related Posts

Perak catat pertumbuhan ekonomi 5.7 peratus, atasi kadar nasional

IPOH – Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negeri berprestasi tinggi apabila merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.7 peratus pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi negara iaitu 5.2 peratus. Berdasarkan Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan dan keyakinan pelabur diperkukuh. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kemajuan JS-SEZ perlu dinilai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka