JAS Sabah lancar operasi buru kenderaan diesel lepas asap hitam berlebihan

LAHAD DATU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah melaksanakan operasi bagi memburu kenderaan diesel yang melakukan pelepasan asap hitam berlebihan di Batu 1, Jalan Lahad Datu-Sandakan, pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JAS berkata, operasi ini dijalankan untuk memastikan pemilik dan pemandu kenderaan di daerah Lahad Datu dan kawasan sekitar mematuhi peraturan kualiti udara dan tidak mencemarkan alam sekitar.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 100 kenderaan telah diperiksa secara visual dengan tujuh kenderaan diuji menggunakan meter asap. 

“Hasilnya, lima kenderaan didapati mengeluarkan asap hitam berlebihan semasa ujian dijalankan.

“Penguatkuasaan ini dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) di bawah Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel (KPDED) 1996,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, operasi tersebut melibatkan 12 pegawai JAS Kota Kinabalu dan JAS cawangan Tawau bersama lima anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan