6,547 permohonan diluluskan untuk program SejaTi Madani

PERUNTUKAN sebanyak RM590 juta telah diluluskan bagi 6,547 daripada 8,923 permohonan dibawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) setakat 12 Disember lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, bagi keseluruhan sebanyak 16,884 permohonan telah diterima.

“Sarawak mencatatkan peruntukan tertinggi RM100 juta iaitu 1,124 permohonan diluluskan diikuti Johor menerima RM69.58 juta bagi 742 permohonan diluluskan.

“Negeri-negeri lain seperti Perak, Terengganu dan Kelantan turut menerima peruntukan yang besar untuk menyokong pembangunan masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Manolan Mohamad, yang bertanyakan tentang jumlah permohonan untuk program itu di bawah Dana Komuniti Madani yang diproses dan diluluskan oleh negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, 52 daripada 111 permohonan yang diterima diluluskan membabitkan peruntukan RM5.2 juta bagi masyarakat Orang Asli.

“Perak mencatatkan jumlah tertinggi permohonan diluluskan dengan 28 kelulusan berjumlah RM2.8 juta, diikuti Johor dengan 11 kelulusan bernilai RM1.1 juta, dan Pahang dengan tujuh kelulusan bernilai RM700,000,” katanya.

Zaliha turut menggesa ahli Dewan Negara memaklumkan komuniti masing-masing bahawa permohonan Dana SejaTi Madani adalah percuma dan terbuka kepada kumpulan yang layak.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang bayaran atau melantik ejen untuk program ini,” katanya.

Ujarnya, Program SejaTi Madani akan diteruskan tahun depan dengan penjenamaan semulanya, Ikhtiar Sejati Madani, seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2025.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa