Tiada negara amal sistem dua parti, kemenangan pilihan raya dikuasai parti dominan

PUTRAJAYA – Cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar negara mengamalkan sistem dua parti bertanding dalam pilihan raya belum sesuai dan sukar untuk dilaksanakan.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, dasar tersebut dilihat bercanggah dengan prinsip demokrasi yang membenarkan kewujudan parti-parti politik bersaing dalam proses demokrasi.

Secara teorinya, menurut beliau, tiada negara yang mengamalkan sistem dua parti, namun kemenangan pada pilihan raya didominasi oleh parti-parti yang dominan.

“Kalau kita lihat di Amerika Syarikat (AS), England ataupun beberapa negara lain yang dikatakan menggunakan sistem dua parti itu sebenarnya dalam pilihan raya, bukan dua parti sahaja bertanding, namun yang sentiasa menjadi kerajaan adalah di kalangan dua parti (dominan).

“Sebagai contoh, kalau di AS, Republikan dan Demokrat, di United Kingdom (UK) iaitu parti Buruh dan Konservatif hanya dua parti ini yang menang pilihan raya walaupun banyak parti-parti lain bertanding,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Jamaie berkata, sistem dua parti telah lama dicadangkan oleh Pas sejak tahun 50-an namun UMNO mendominasi serta menguasai tampuk pentadbiran kerajaan sehingga parti itu tumbang di bawah Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.

“Pada pandangan saya, memang tidak boleh dikatakan pilihan raya hanya dua parti bertanding namun kita mahu tengok mana parti sentiasa menang dan sekarang ini, kalau kita tengok yang kuat itu PH namun Perikatan Nasional (PN) belum boleh dikatakan satu gabungan kukuh.

“Untuk lakukan atau tidak sistem dua parti, ia sangat bergantung parti mana yang boleh mendominasi Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU17), sama ada PH, BN atau PN agar orang sudah boleh membuat pilihan pertama atau kedua namun setakat ini kita belum bersedia lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Jamaie berpandangan, dasar hanya dua parti bertanding pada pilihanraya sukar untuk dilaksana disebabkan corak atau bentuk model politik yang ada kini adalah berasaskan kaum.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik UKM menafikan dakwaan Mahathir bahawa landskap politik semasa dilihat lemah kerana dibentuk oleh parti yang berpecah-pecah, sekali gus melemahkan kemampuan mana-mana parti tunggal untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Di Sabah dan Sarawak, mereka ini lebih kepada parti lokal dan kaum, mereka tidak pernah mengadakan pilihan raya dengan hanya gabungan dua parti, malah bertanding sesama sendiri. Jadi, nak kata cadangan Tun M berlaku perpecahan, saya tidak nampak kerana politik Malaysia sejak merdeka sehingga PRU15, semua parti bertanding sendiri.

Lantaran itu, tidak nampak kesediaan sistem dua parti itu sebab semenanjung, Sabah dan Sarawak, parti kaum mereka kuat. Di Pantai Timur, Pas tak mungkin mudah-mudah saja bergabung dengan parti yang tidak sealiran dengan mereka seperti DAP atau PH.

“Saya berpendapat pilihan raya akan datang masih bersifat kepelbagaian parti. Bila sudah ada keputusan, masa itu mereka akan gabung bagi membentuk kerajaan persekutuan. Konsep itu masih baharu kerana sebelum ini UMNO menang sehingga 62 tahun dan bila mereka tidak kuat, baru kita nampak suasana politik kita telah berubah,” katanya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka