44,975 angka korban terbaharu Gaza

GAZA – Sepanjang tempoh 24 jam yang lalu, sekurang-kurangnya lebih daripada 110 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, sekaligus menjadikan angka korban terkini kepada 44,975 orang dan 106,759 kecederaan kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Al-Thawabteh, angkatan tentera rejim terus menyasarkan orang yang kehilangan tempat tinggal, orang awam, pasukan perbandaran, dan lain-lain dengan kejam, membunuh lebih daripada 110 orang dalam beberapa jam yang lalu.

“Ia merupakan salah satu serangan paling dahsyat oleh Israel ke atas sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan di bandar utara Beit Hanoun yang mana telah menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh pada Ahad.

“Lebih daripada 213 penghuni tempat perlindungan telah terbunuh dalam serangan Israel sejak permulaan pembunuhan beramai-ramai ini tahun lalu malah turut mengorbankan 94 anggota pertahanan awam dalam pengeboman kejam Israel.

“Angkatan tentera rejim telah melakukan pembunuhan beramai-ramai berturut-turut ke atas pasukan perubatan dan hospital dalam beberapa hari kebelakangan ini, membunuh beberapa doktor dan kakitangan,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Sementara itu, dalam serangan terbaharu yang menyasarkan sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan di bandar Khan Younis, selatan Gaza sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh dan beberapa lagi cedera, pada petang Ahad, menurut sumber perubatan.

Saksi berkata serangan itu menyasarkan Sekolah Ahmed Abdel Aziz di barat bandar tersebut, di mana ratusan orang awam yang kehilangan tempat tinggal berlindung.

Sumber itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak termasuk dalam kalangan mangsa, tetapi tidak memberikan angka yang tepat.

Perkhidmatan Pertahanan Awam mengesahkan serangan tersebut, dengan menyatakan pasukan perubatannya telah menemui beberapa mayat selepas serangan itu.

Israel secara sistematik telah menyasarkan kemudahan awam, termasuk sekolah, hospital, dan tempat ibadat, dalam serangan berterusan mereka ke atas Semenanjung Gaza.

Menurut undang-undang perang, menyasarkan kemudahan awam seperti ini boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan