Surat tawaran serta kos tunai haji akan diketahui esok

POKOK SENA – Kos mengerjakan haji bagi tahun depan akan diumum esok sekali gus menamatkan persoalan sama ada berlaku peningkatan seperti digembar-gemburkan sebelum ini atau dikekalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis di Menara TH, pagi esok.

Beliau memberitahu, selain itu surat tawaran menunaikan haji juga akan mula diedarkan kepada bakal jemaah bermula tengah hari.

“Insya-Allah, esok Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Armada akan umumkan kos haji bagi 2025. Selepas pukul 12 tengah hari esok surat tawaran haji akan dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Misi Al Falah di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain menyentuh tentang misi tersebut, kata beliau, sebanyak RM829,232 berupa tunai berjumlah RM572,000 dan barangan berjumlah RM257,232 disalurkan kepada mereka yang terjejas.

“Sumbangan tunai diberikan kepada institusi agama Islam dan pendidikan di lokasi yang terlibat dalam misi ini melibatkan dua masjid berjumlah RM40,000, 13 pondok berjumlah RM80,000, sebuah Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM200,000 dan sebuah Maahad Tahfiz berjumlah RM50,000.

“Selain itu, bantuan tunai turut diberikan kepada penduduk setempat yang terjejas berjumlah RM202,000. Kita juga sedang mengumpulkan maklumat berhubung keseluruhan institusi agama yang terjejas dalam banjir ini dari seluruh negara,” katanya.

Related Posts

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian