SWCorp tangani lebih 12,000 tan sisa banjir dari tujuh negeri

ALOR SETAR – Sebanyak 12,852.18 tan sisa banjir dibersihkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di 45 lokasi bermula 28 November hingga 11 Disember ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ia merangkumi 22 kawasan perkhidmatan dan 23 kawasan yang luar dari kawasan perkhidmatan yang terjejas akibat banjir di tujuh buah negeri baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 153 unit jentera digunakan dengan bantuan pekerja seramai 362 orang.

“Operasi pembersihan untuk tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672 akan dikuatkuasakan melalui SW Corp dan bersama rakan-rakan konsesi.

“Kedah dan Pahang adalah negeri yang terkesan buat masa ini walaupun Kelantan tidak termasuk dalam senarai asal namun kami tetap membantu di kawasan Tumpat dengan menghantar bantuan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas turun meninjau pembersihan dan dan pengurusan pasca banjir di Taman Aman, di sini.

Jelas beliau, di Kedah, dalam operasi yang dijalankan sejak 30 November lalu, sebanyak 730.03 tan sisa banjir dikimpulkan dan dihantar ke tapak pelupusan Jabi, Pokok Sena.

Menurutnya, kekuatan jentera ketika operasi adalah sebanyak 79 buah mini armroll iaitu 61 buah dari syarikat konsesi dan bakinyanya adalah 18 adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR)  bersama syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Banjir yang berlaku pada 26 November lalu menyebabkan lumpur dan longgokan sampah pukal di kawasan kediaman.

“KPKT melalui SWCorp Kedah sudah pun mengambil tindakan segera dengan menggerakkan jentera pembersihan syarikat konsesi dengan membersihkan longkang dan sampah pukal serta dibantu pelbagai pihak,” ujarnya.

Tambah beliau, di pusat pemindahan sementara (PPS) di 58 lokasi di seluruh negeri pula, SWCorp mengarahkan syarikat konsesi Environment Idaman Sdn Bhd menempatkan sebanyak 171 unit tong yang merangkumi 71 unit 1,100 liter, 95 unit 240 liter, dua unit 660 liter dan tiga unit Roro dengan frekuensi kutipan secara harian.

“Antara cabaran utama yang dihadapi ketika pembersihan adalah lumpur yang tebal dan jumlah sampah pukal yang banyak,” katanya lagi.

Related Posts

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu