TH sumbang RM900,000 bantu 1,523 pelajar asnaf UiTM

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan sumbangan RM900,000 kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menerusi program Iqra’ TH yang memanfaatkan 1,523 penuntut diploma dan ijazah daripada keluarga asnaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH itu menyalurkan sumbangan di antara RM500 hingga RM600 seorang, secara “one-off “.

Jelasnya, bantuan berkenaan akan dikreditkan terus ke akaun TH mahasiswa yang dipilih secara terperinci oleh UiTM dalam membantu penerima yang memerlukan.

“Sumbangan itu diharapkan dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa dan penjaga di samping membangunkan semangat para penuntut untuk belajar dengan lebih tekun dalam meningkatkan taraf pencapaian akademik mereka.

“Pada masa sama, penerima manfaat diseru menggunakan sumbangan berkenaan dengan sebaik-baiknya demi kecemerlangan pelajaran masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Program Iqra’ TH IPTA yang diadakan di Dewan Annex UiTM, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Shahrin Sahib@Sahibuddin.

Dalam pada itu,  Mohd Na’im berharap Program Iqra’ TH ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam membantu lebih ramai penuntut golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seterusnya, menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa, dan negara.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agensi-agensi agama di
bawah Jabatan Perdana Menteri mencontohi program Iqra’ TH.

“Ini sebagai usaha dalam membantu mengurangkan jurang pendidikan dan meringankan beban kewangan para pelajar daripada golongan asnaf fakir miskin ini dan yang memerlukan,” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP