Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

LAHAD DATU – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, mangsa yang berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan pada bahagian jari tengah tangan kiri dan perut.

“Mangsa cedera selepas terkena tembakan ketika seorang rakan setugas mengosongkan senjata api di lokasi kejadian.

“Mangsa menerima rawatan awal di Hospital Lahad Datu sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Dzulbaharin, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan serta pemantauan pihak hospital.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 berkaitan kesalahan melepaskan tembakan sehingga mencederakan mana-mana orang.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut,” ujarnya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar